Majlis Ucaptama Presiden & Ramah Mesra MPMK

             
                                                                      بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. bersyukur kita kehadrat ilahi akhirnya dapat menjayakan satu program yang diberi nama Majlis Ucaptama Presiden & Ramah Mesra MPMK  buat julung kalinya diadakan, Tahniah kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.

Program yang dimulakan dengan sedikit kata-kata aluan dari pengarah iaitu Muhammad Hakimi Hamzi yang mengingatkan kita betapa perlunya melibatkan diri dengan jemaah, dan sebagai mahasiswa persatuan merupakan jemaah yang perlu didokong oleh semua ahli persatuan.

Dan seterusnya Agenda yang ditunggu-tunggu ialah ucaptama Presiden MPMK iaitu Mohd Syafie Md Yunos , beliau menegaskan kepada semua ahli MPMK supaya dapat meningkatkan diri dari sudut akademik, belajar yang bukan sekadar mahu lulus peperiksaan semata-mata tetapi perlunya ada rasa ingin tahu dan mahu memperbaiki diri dari semasa ke semasa,sebagaimana  Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya "barang siapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, maka Allah beri kefahaman pada agama" kerana ilmu yang berkat dapat menambahbaikkan kelakuan seseorang itu.

Presiden juga menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan sebagai seorang Daie, setiap orang adalah daie, baik mahu berdakwah kepada masyarakat luar @ berdakwah kepada diri kita supaya tidak mudah kalah dengan hawa nafsu sendiri.Mahukan dunia perlukan  ilmu, mahukan akhirat juga perlukan ilmu, nak menunjukkan kepada kita setiap sesuatu sememangnya perlukan ilmu, maka kita sebagai mahasiswa yang sudah diberi peluang dan kesempatan untuk meraih dan menimba ilmu di bumi KUIZM yang penuh barakah ini gunakan dengan sebaiknya.

Kemudian program diteruskan dengan pembentangan setiap Lajnah mengenai aktiviti yang bakal dijalankan oleh lajnah masing-masing, Agenda berikutnya merupakan gimik pelancaran logo MPMK buat julung kalinya memandangkan MPMK sebelum ini belum mempunyai Logo. Dan penyampaian sedikit cenderahati kepada peserta yang menyertai pertandingan mencipta logo MPMK.Majlis Ucaptama Presiden & Ramah Mesra MPMK diserikan lagi dengan alunan qasidah oleh Kump. Qasidah KUIZM yang amat dinantikan setiap ahli MPM yang juga penutup untuk program ini.

Tahniah kepada semua yang menjayakan Majlis Ucaptama Presiden & Ramah Mesra MPMK.. moga diberkati! Terus maju mengorak langkah kehadapan! insyaAllah..

link video gimik pelancaran logo MPMK 
 TEKAN DI SINI
















Ulasan