Kempen Biah Solehah KUIZM

 بسم الله الرحمن الرحيم


KUIZM ,Taman Melewar ,19 April 2013   :  Buat julung - julung kalinya , Lajnah Dakwah & Tarbiyah dibawah Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) telah mengadakan kempen biah solehah yang menekankan tiga objektif iaitu 
1) Zero Couple
2) Semai Ukhuwah 
3) Solat Berjemaah

Kempen Biah Solehah dimulakan dengan pelancaran yang dirasmikan oleh Rektor KUIZM sendiri iaitu Dr Shahbudin Bin Ngah. Beliau sangat berbangga dengan adanya Kempen Biah Solehah ini dan beliau juga menekankan kempen sebegini seharusnya berterusan dan tiada penutup pada kempen yang sebegini.

Majlis Pelancaran Kempen tersebut juga diadakan penyerahan banting "kempen biah solehah" pada setiap semester sebagai simbolik bahawa setiap pelajar perlu bersama menjayakan kempen biah solehah ini secara berterusan. 
Lajnah Dakwah juga telah memberikan sedikit penghargaan pada seorang pelajar  iaitu Mohd Fikri Bin Sarzali yang sangat disiplin pada masanya  dan juga banyak memberi sumbangan tenaga dan masa di Surau Hassan Shukri. Sentiasa istiqamah dalam memberikan infaq meskipun sekadar melaungkan kalimah Allah yang suci. 

Pengarah Program iaitu Mohd Fadhil Bin Zulkifli mengharapkan Kempen Biah Solehah ini agar sentiasa berterusan dan tiada hentinya, beliau juga mengharapkan pada setiap pelajar, perlunya adanya rasa mahu mewujudkan suasana biah solehah ini dengan mengaplikasikan 3 objektif  Kempen ini pada kehidupan seharian bukan sahaja di KUIZM malah dimana-mana sahaja kita berada.

Tahniah kepada semua yang menjayakan Kempen Biah Solehah ini, semoga dengan adanya usaha yang gigih ini akan memberikan sedikit sebanyak perubahan pada susana di KUIZM ini agar menjadi lebih baik.
Islam Itu Indah , Dan ayuh bersama memperindahkannya lagi.



ucapan dari rektor  KUIZM
ucapan dari pengarah program 


Sesi Penyerahan Banting





antara ikhwah yg hadir..


pelajar yang menerima penghargaan dari Lajnah Dakwah & Tarbiyah



Ulasan