Jundullah Yang Dinanti

Sejarah telah menukilkan kegemilangan Islam itu dirintis oleh sekumpulan anak muda di mana ia berpusat di rumah Al-arqam bin Abi Al-Arqam. Dengan semangat dan kecintaan mereka yang mendalam inilah telah lahirnya kegemilangan dan kemenangan yang besar dalam dunia Islam. Rasulullah di angkat menjadi nabi pada usia 40tahun, Abu Bakar lebih muda 2 tahun dari baginda, manakala Umar pada ketika itu berusia 27 tahun. Uthman lebih muda daripada Rasulullah dan Ali  lebih muda daripada mereka. Begitulah juga sahabat-sahabat nabi yang lain antaranya Abdullah bin Mas’ud, Al-Arqam bin Abi Al Arqam, Amar bin Yasir, Bilal bin Rabah dan ramai lagi para sahabat yang semuanya adalah di kalangan para pemuda hebat yang mengotakan janji mereka terhadap Allah.



Maka ketahuilah! Anak muda adalah agen utama kepada perubahan ummah sebagai mana Nabi pernah bersabda yang bermaksud  “aku berpesan kepada kamu dengan satu wasiat dan satu pesanan yang sangat penting, supaya kamu menangani pemuda-pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya anak-anak muda, mereka mempunyai jiwa yang sangat unik, yang mudah di bentuk dan yang mudah dipimpin, sesungguhnya aku di bangkitkan oleh Allah dengan membawa agama yang lurus suci dan benar. Maka yang menyokong aku adalah di kalangan para pemuda sementara yang menentang aku adalah di kalangan orang tua”.


Begitulah juga Al-quran telah merakamkan kisah pemuda-pemuda hebat yang mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah aqidah yang teguh juga keikhlasan yang suci mereka inilah pemuda-pemuda kahfi yang lari demi menyelamatkan iman dari tangan penguasa yang zalim Allah berfirman dalam surah Al-kahfi :

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (13)

Maksudnya : sesungguhnya mereka itulah pemuda- pemuda yang beriman kepada tuhan mereka,dan kami tambahkan kepada mereka petujuk. (al-kahfi ayat : 13)
Di sinilah kita memehami bahawa rahsia kekuatan dan kemegahan Islam itu tertegaknya melalui tangan anak-anak muda yang memahami Islam sebagai dinnnya. Pemuda- pemuda inilah yang menjadi pengibar kepada panji Islam di sepanjang zaman yang mana ia tidak akan di dapati dari mana-mana pemuda sekalipun selain pemuda Islam.

Dalam kitab karangan DR. Nasih Ulwan “hatta a’lama as- syabab” menyebut kisah Uqbah bin Nafi’ yang berdiri di penghujung barat, di persisiran pantai (lautan Atlas) dia berkata sambil mengharungi air laut :

اللهم رب محمد, لولا هذا البحر لفتحت الدنيا فى سبيل الأعلاء كلمتك اللهم فاشهد !!

   Ya Allah, tuhan Muhammad. Kalaulah tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan membuka dunia di jalan untuk meninggikan kalimahmu. Ya Allah saksikanlah.

Juga kisah Qutaibah al-Bahili yang telah masuk jauh ke sebelah timur. Dia bertegas untuk memasuki Negara China untuk membukanya, maka berkata salah seorang sahabatnya dalam keadaan kasihan kepadanya” sesungguhnya engkau telah memasuki jauh ke dalam negara Turki, sepanjang ini pelbagai peristiwa datang dan pergi” lantas beliau menjawab dalam keadaan imanya yang telah sampai kekemuncak “Dengan keyakinanku kepada pertolongan Allah Aku telah masuk jauh kedalam. Sekiranya telah sampai ajal, nescaya tidak bermanfaat lagi segala persiapan”. Apabila sahabat yang menasihatinya itu melihat keazaman dan kesungguhannya untuk terus melangkah meninggikan kalimah Allah, dia berkata” teruskanlah perjalannmu sebagai mana yang engkau kehendaki wahai Qutaibah. Keazaman ini tidak mampu ditumpulkan oleh sesiapa pun kecuali Allah.”

Inilah gambaran-gambaran manusia hebat yang terdidik iman mereka atas kecintaan mereka yang teguh terhadap Allah dan Rasulnya.
Namun apa yang ingin di lontarkan di sini, apakah kita hanya pemuda-pemuda yang hanya berbangga membaca lembaran-lembaran sejarah tanpa kita mengambil ia sebagai tauladan dan ikutan untuk kita tampilkan watak-watak ini dalam kehidupan kita?

Lihatlah! Dunia semakin tua dan tenat dengan pelbagai duka luka dan air mata yang dilakarkan oleh ummat manusia  yang semakin  hari semakin tengelam dilambung ombak nafsu yang menggila, ummah yang semakin gersang dan jauh dari hakikat Islam yang sebenar. Maka siapakah yang seharusnya menjadi penyembuh dan penyelamat kepada ummat ini? Jawapannya adalah para pemuda Islamlah yang bertanggungjawab untuk mendokong amanah suci ini.

Maka ayuhlah anak muda yang meletakkan dua syahadah dihatinya, marilah  bersama menjadikan Islam sebagai cara hidup kita dengan memahami dan menunaikan tanggungjawab dakwah yang tergalas dibahu kita dengan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi untuk kita meriaalisasikan penyebaran Islam. Peranan pemuda sangatlah besar dalam mencorak masa depan negara dan dunia. Contohilah pemuda–pemuda hebat yang bahagia dengan mengorbankan diri, harta dan keluarga mereka demi untuk melihat Islam terus bersinar di muka bumi.

Dengarlah wahai pemuda Islam! Kita adalah pemuda yang terbaik, yang harus menjadi tauladan dan contoh yang terbaik dari segenap segi iaitu aqidah, ibadah, akhlak, muamalah, penampilan, keteguhan pendirian pergerakan, pengorbanan dan cita- cita yang telus dalam mencapai mardhatillah kerana itulah yang membezakan kita dengan pemuda lainnya. Imam al-Gazali pernah menyebut “Negara yang cemerlang pada masa hadapan adalah bermula dengan hakikat pemuda masa kini”      

Ketahuilah wahai pemuda sesungguhya dunia merindui para pemuda yang sudi menyemai benih-benih iman di dadanya.. saksikanlah betapa ramainya manusia yang semakin jauh dari hakikat iman, maka mereka semakin kabur dan sukar dalam mengapai pedoman dalam kehidupan. Ini berpunca dari tandusnya pendakwah- pendakwah kebenaran.

Kesimpulanya hakikat kehidupan ini bukanlah diukur dengan angka dan umur seseorang. Muda atau tua bukanlah penjamin kepada panjangnya perjalanan kehidupan. Justeru itu mulalah bercucuk tanam di dataran ini agar kita dapat merasai hasilnya di negeri abadi. Marilah pemuda kita mula melangkah kearah cita-cita dan impian yang mulia, kuatkan tekad dan azam, marilah berganding tangan menjadi perintis dalam tindakan  bersedia  untuk memberi  rela dalam berkorban, teguhkan jiwa ikhlaskan niat untuk berjihad di jalan Allah dengan harta serta jiwa raga untuk kita meraih mardhatillah juga  agar cahaya Islam itu dapat di rasai oleh seperempat permukaan bumi ini. Kerana kitalah jundullah yang di nanti!

Muslihah bt Mohd Amir
Timb Presiden II, 
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM sesi 2013/14
   

Ulasan