Penderitaan Gaza Berpanjangan

Falsafah Ramadhan mengingatkan kita bahawa Umat Islam adalah satu. Puasa mengajar kita menghayati dan menyelami kesusahan saudara kita supaya kita saling bantu membantu dan saling kuat menguatkan. Ummat Islam umpama satu badan, seperti disebut oleh Nabi saw:

“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hari ini Gaza diserang lagi oleh Israel laknatullah. Mereka tanpa teragak-agak sentiasa mengalirkan darah kaum Muslimin, saudara seagama dengan kita. Tiada desakan dan tindakan daripada dunia bahkan negera-negara Islam. Saban hari media cetak dan elektronik memaparkan penderitaan umat Islam di sana.   Adakah kita seumpama badan yang disebut oleh Rasulullah turut merasa demam, tidak dapat tidur kerana sebahagian dari anggota badan kita sedang menderita kesakitan?

Pimpinan negara Ummat Islam yang lain diam seribu bahasa. Mereka tidak mempeduli nasib yang menimpa saudara kita di Gaza. Di mana pertubuhan liga Arab? Di mana OIC? Di mana mereka? dan di mana kita sebagai saudara mereka?

Saudara kita di sana tidak dapat merasa aman seperti yang kita rasai. Anak-anak kecil kehilangan ayah, ibu kehilangan anak, keluarga kehilangan tempat perlindungan. Penderitaan mereka terus berpanjangan.

 Dalam hadis yang masyhur Nabi (saw) bersabda:
“Tidak beriman salah seorang darimu, hingga ia mencintai untuk saudaranya seperti ia mencintai untuk dirinya sendiri.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita fikir sejenak untuk menilai sumbangan kita. Adakah kita telah berusaha mengurangkan penderitaan saudara-saudara kita ini? Teruskan berdoa untuk mereka dan disamping itu mereka juga memerlukan sumbangan material daripada kita.


Berikut disertakan akaun bank Muslim Care Malaysia. 
Maybank : 5644 9021 1159
Bank Muamalat : 1401 0007 6547 17
Bank Islam : 1401 4010 1474 70

Ulasan