Banjir : Kewajipan Mangsa Dan Kita Semua

Wahai manusia! Adakah kamu dikira beriman selagi kamu tidak diuji? Ingatlah firman Allah didalam Surah Al-Baqarah:214,
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)".


Setiap hambanya yang beriman pasti akan di uji. Bersabarlah diatas ujian Allah. Allah tidak menitipkan ujian kepada sesuatu jiwa melainkan mereka mampu mengharunginya. Allah taala berfirman, Surah Al-Baqarah:286

"Allah tak menguji manusia kecuali sesuai dengan tahapnya.."

Islam agama yang mudah dan indah, Islam telah memberi keringanan bagi mereka yang ditimpa kesukaran banjir untuk menjamak solat fardhu mereka secara tamam. Keadaan yang genting dan gawat sebegini sepatutnya membuatkan kita lebih dekat dengan Allah dan menzahirkan ketaatan kepada-Nya tanpa berbelah bahagi.

Ingatlah sahabat-sahabat, menjadi kewajiban bagi kita membantu saudara kita yang ditimpa musibah. Jangan lupa berdoa untuk mereka dan berhentilah menyebarkan berita palsu, kerna ia akan menggangu emosi ahli keluarga mangsa yang berjauhan.

Nabi pernah berpesan mafhumnya "sesiapa yang tidak ambil berat urusan orang Islam, mereka bukan dari golonganku." Juga Allah SWT telah berfirman di dalam Surah At-Taubah:111;

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

Maka kita selaku umat Islam mesti sensistif bila mendengar peringatan dari Allah SWT dan junjungan baginda Rasulullah SAW ini.

MUHAMMAD HARITH MOHD NOH
Presiden MPM KUIZM 14/15