Dalam surah an-Nur, Allah telah memberitahu kepada kita tentang cara untuk menghadapi fitnah. Saranan ini diturunkan selepas peristiwa 'hadis ifki' untuk membebaskan Saidatina Aisyah daripada tuduhan zina bersama Safwan bin Mu'attal.
Di sini, didatangkan 4 cara melalui
surah an-Nur dan 2 cara melalui surah al-Hasyr dan surah ar-Ra'd.
1️. Sentiasa bersangka baik dengan orang mukmin.
لَّوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ ظَنَّ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ
بِأَنفُسِهِمۡ خَيۡرٗا وَقَالُواْ هَٰذَآ إِفۡكٞ مُّبِينٞ
Maksudnya : "Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu,
orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada
diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta
yang nyata" [Surah An-Nur: 12]
2️. Mendatangkan/menghadirkan bukti atas setiap berita yang datang.
لَّوۡلَا جَآءُو عَلَيۡهِ بِأَرۡبَعَةِ شُهَدَآءَۚ فَإِذۡ لَمۡ
يَأۡتُواْ بِٱلشُّهَدَآءِ فَأُوْلَٰٓئِكَ عِندَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡكَٰذِبُونَ
Maksudnya: "Sepatutnya mereka
(yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana
mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum
Allah, adalah orang-orang yang dusta."
[Surah An-Nur: 13]
3️. Jangan sesekali meremehkan fitnah yang berlaku. Orang Islam
sepatutnya tidak terlibat dalam memburukkan atau menuduh dengan tuduhan yang
tidak berasas.
إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم
مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٞ وَتَحۡسَبُونَهُۥ هَيِّنٗا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ
عَظِيمٞ
Maksudnya : "Iaitu semasa kamu
bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan
memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil,
pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."
[Surah An-Nur: 15]
4️. Menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan fitnah.
Orang beriman akan berusaha menjaga
lidahnya dan tidak mudah mempercayai sesuatu yang belum dipastikan
kebenarannya.
وَلَوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ قُلۡتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن
نَّتَكَلَّمَ بِهَٰذَا سُبۡحَٰنَكَ هَٰذَا بُهۡتَٰنٌ عَظِيمٞ
Maksudnya: " Dan sepatutnya
semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami
memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik
ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan"
[Surah An-Nur : 16]
5️. Mendekatkan diri kepada Allah
Dalam menghadapi fitnah, kita perlu
ingat bahawa ia juga datang daripada Allah SWT melalui manusia. Maka, banyak
perkara yang Allah ingin sampaikan kepada kita untuk kita mendekatkan diri
kepada-Nya. Tiada yang lebih menenangkan melainkan dengan pengabdian diri
kepada Allah SWT.
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ
أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Maksudnya : "(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia." [Surah Ar-Ra'd : 28]
6️ Muhasabah diri
Setiap perkara yang berlaku pasti
ada hikmahnya. Oleh itu, kita perlu kembali kepada Allah dan muhasabah diri
sendiri dari setiap perlakuan dan perkataan kita kerana ia mungkin menjadi
asbab fitnah itu datang kepada kita.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ
نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٖۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا
تَعۡمَلُونَ
Maksudnya : "Wahai orang-orang
yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan
memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari
akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." [Surah
Al-Hashr : 18]
💡 Kesimpulan
Berada di akhir zaman, tidak akan
terlepas daripada berlakunya fitnah terutama dalam era media sosial yang
mendadak tersebar segala maklumat tanpa batasan. Semoga kita dilindungi
daripada fitnah dan ditunjukkan perkara yang benar oleh Allah.
اللَّهُمَّ
أَرِنَا الْحَقّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اِتِّبَاعه وَأَرِنَا الْبَاطِل بَاطِلًا
وَارْزُقْنَا اجْتِنَابه وَلَا تَجْعَلهُ مُتَلَبِّسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: _“Ya Allah, tunjukkanlah
kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan
tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk
menjauhinya dan janganlah Kamu jadikannya keliru atas kami yang menyebabkan
kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa
sebagai pemimpin.”_
Sumber :
1) Kitab Tasawuf Haraki
2) Kitab Ayat Ahkam
Sedutan Artikel Mahasiswa
Ulasan
Catat Ulasan