JABATAN PRESIDEN
Presiden
- Mentadbir dan memimpin MPMK.
- Mempengerusikan setiap mesyuarat MPMK.
- Mewakili dan boleh melantik mana-mana ahli ke perjumpaan dan persidangan luar.
- Bertindak sebagai jurucakap rasmi MPMK.
- Bertangungjawab terhadap hubungan luar.
- Selaku pengerusi lembaga disiplin dan tatatertib yang dianggotai oleh ahli lembaga penasihat dan dua orang ahli yang dilantik (Unit Hisbah).
Timbalan Presiden 1 (Lajnah Perancangan 1)
- Membantu tugas-tugas Presiden.
- Merancang dan menyelaras perjalanan aktiviti MPMK.
- Menyelaras bidang tugas setiap lajnah dalam MPMK.
- Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Presiden semasa ketiadaannya.
Timbalan Presiden 2 (Lajnah Perancang 2)
- Membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden 1.
- Mengetahui segala urusan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal akhawat.
- Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden 1 semasa ketiadaannya.
- Menyelaras dan membantu gerak kerja AJKT akhawat.
JABATAN SETIAUSAHA
Setiausaha Agung
- Membuat panggilan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan mesyuarat AJKT atas arahan Presiden.
- Menyediakan dan menyimpan minit MAT.
- Mengurus keluar masuk surat MPMK.
- Menyimpan fail-fail MPMK.
- Menyediakan laporan tahunan untuk dibentang dalam MAT.
- Menyelenggara urusan pejabat MPMK.
- Mengurus permohonan keahlian MPMK di bahagian ikhwah.
Timbalan Setiausaha Agung
- Membantu tugas-tugas Jabatan Setiausaha.
- Mencatat dan menyimpan setiap minit mesyuarat AJKT.
- Mengambil alih tugas-tugas Setiausaha Agung ketika ketiadaannya.
- Mengurus permohonan keahlian MPMK di bahagian akhawat.
JABATAN BENDAHARI KEHORMAT
Bendahari Kehormat
- Menyimpan dan merekod kewangan MPMK.
- Mengeluarkan wang untuk perbelanjaan aktiviti MPMK.
- Mengutip mana-mana yuran yang berkaitan dengan MPMK.
- Menyediakan penyata kewangan tahunan untuk dibentang dalam MAT.
- Menyelia segala aset MPMK.
Timbalan Bendahari Kehormat
- Membantu tugas-tugas Bendahari Kehormat
- Mencatat dan menyimpan setiap pengeluaran wang perbelanjaan aktiviti MPMK di dalam buku rekod.
- Mengambil alih tugas-tugas Bendahari Kehormat ketika ketiadaannya.
- Merekod kemasukan yuran ahli MPMK.
- Mencatat dan menyimpan semua aset MPMK di dalam buku rekod.
- Melaporkan kehilangan atau kerosakan aset MPMK.
Ulasan
Catat Ulasan