Sahabat yang dirahmati
Allah swt,
Tamatnya peperiksaan sebenarnya
satu saat yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh pelajar yang sudah lama tidak
pulang ke kampung halaman. Ada sebahagian pelajar terpaksa menempuh perjalanan
yang jauh dan ada yang hanya jaraknya sekangkang kera. “ah! Jauh ka, apa ka?
Itu tidak penting bagi aku, yang penting aku sampai kampung,” inilah
ungkapan yang terbit daripada hati seorang perantau dek kerana kerinduan yang
menebal terhadap kampung halaman, sanggup merentas apa jua halangan.
Pengorbanan ini adalah
satu usaha yang cukup bermakna. Namun perlu diingatkan, kepulangan itu nanti
bukanlah hanya sekadar untuk melepaskan rindu terhadap insan yang tersayang
semata-mata. Sebenarnya sahabat, kita sedang menggalas satu tanggungjawab besar
yang diamanahkan oleh Allah swt. Firman Allah swt mafhumnya :-
“ dan hendaklah mereka
memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka pulang kepada mereka,
mudah-mudahan mereka berjaga-jaga”. Surah Taubah ayat 122
Inilah dia
tanggungjawab yang sedang digalas oleh kita iaitu untuk menyeru masyarakat
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Inilah amanah yang Allah swt berikan
kepada kita khususnya mahasiswa Islam.
Ingat sahabat, Allah
swt telah memberi nikmat menuntut ilmu agama kepada kita sehinggalah kita
berjaya dalam peperiksaan, mendapat ijazah, biasiswa, sumbangan derma dan
sebagainya. Kini tibalah masanya untuk kita mensyukuri nikmat tersebut dengan
menggunakan nikmat itu pada tempatnya.
Bila sebut berkenaan
dakwah, ada diantara kita resah, gelisah, takut, malas dan sebagainya. Perasaan
ini timbul mungkin disebabkan diri kita yang belum bersedia, tidak pandai untuk
bertazkirah, takut dan sebagainya.
Jangan takut sahabat,
konsep dakwah ini luas. Sebagai budak baru belajar, kita hanya perlu lakukan
sekadar yang mampu. Apa yang penting ialah kita mesti berusaha bersungguh-sungguh
dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk melaksanakan amanah dakwah ini dengan
baik.
Sekiranya kita tidak
mampu lagi untuk kehadapan dalam masyarakat, tidak mengapa. Sekurangnya kita
mulakan dakwah ini diantara ahli keluarga kita. Cuba fikirkan dan mula mendidik
ahli keluarga kita supaya menjadi sebuah keluarga muslim yang menjadi contah kepada
masyarakat. Dalam masa yang sama, kita juga perlu cuba berjinak-jinak dalam
dunia dakwah masyarakat seperti tazkirah, khutbah, forum dan sebagainya.
Akhir kata, cubalah
sedaya upaya untuk melaksanakan amanah ini. Moga kita terlepas daripada azab
Allah swt akibat pengabaian dan kalalaian daripada menunaikan amanah yang telah
diberikan.
Hakimi Hamzi Bin Mohd Hayat
Mantan Timb. Pres. 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM 2012/13
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM 2012/13
Ulasan
Catat Ulasan