Kemulian
akhlak adalah menjadi matlamat utama bagi ajaran Islam, dengan mempunyai akhlak
yang mulia, segala yang dilakukan akan menjadi perkara yang mudah diterima dan
disenangi oleh manusia lain sekitarnya. Membentuk akhlak yang baik adalah
menjadi asas kepada setiap individu muslim, tujuan asas Allah swt mengutuskan
rasulullah saw adalah untuk memperbaiki dan membentuk akhlak umat manusia,
“sesungguhnya aku di
utuskan untuk menyempurnakan akhlak”
Kemulian
akhlak adalah tanda keimanan seseorang, apabila kita mampu menjadikan
pengamalan akhlak yang baik didalam kehidupan, maka kita sudah berjaya
membentuk sebuah identiti Islam yang bertepatan dengan kehendak Allah swt dan
Rasulullah saw.
Pembentukan
akhlak yang mulia bermula dengan disiplin diri yang sentiasa diurus dengan
baik, berdidiplin didalam hal-hal keduniaan dan hal-hal berkaitan ibadah kepada
Allah swt, maka dari pengurusan yang baik itu akan menghasilkan pembentukan
akhlak.
Rasulullah
saw pernah ditanya tentang apakah yang dikatakan agama, maka baginda saw
menjawab “kemulian akhlak” dan apabila ditanya tentang kejahatan, baginda saw
menjawab “ akhlak yang buruk”, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dengan
menzahirkan akhlak yang baik, maka kita telahpun menzahirkan mesej Islam secara
langsung.sabda rasulullah saw:
“tidak ada sesuatu yang
lebih berat di atas neraca timbangan
seseorang hamba di hari
kiamat selain dari akhlak yang baik”
akhlak
yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat
nanti, oleh itu sesiapa yang sentiasa mempamerkan keburukan akhlak sudah
semestinya menjadi sebuah kerugian dalam pelaburan kehidupannya sendiri.
Menurut
al-marhum Dr Fathi Yakan didalam buku karangannya Apa Ertinya Saya Menganut
Islam, beliau telah menggariskan sifat-sifat yang dikatakan akhlak seorang
muslim.
1.Bersifat
warak dari melakukan perkara-perkara syubhat.
Seorang
muslim mestilah menjauhkan dirinyadari segala yang yang dilarang oleh Allah dan
mengelak daripada melakukan perkara yang samar-samar di Antara halal dan haram.
2.Memelihara
pandangan
Memelihara
pandangan dari perkara yang akan mendatangkan mudharat pada hati adalah
menajadi tuntutan didalam pembentukan akhlak yang mulia.
3.Memelihara
lidah
Seseorang
muslim mestilah sentiasa menjaga lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang
berkaitan dengan dosa seperti mengumpat, mengadu domba, memfitnah, mengeji dan
sebagainya.
4.Bersifat
pemalu
Seseorang
muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan, namun sifat itu tidak
seharusnya menjadi penghalang daripada memperkatakan kebenaran.
5.Bersifat
lemah-lembut dan sabar
Di
antara sifat yang wajib tertanam didalam setiap diri individu muslim ialah
sifat sabar dan berlemah-lembut kerana kerja-keja untuk Islam akan berhadapan
dengan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan dan sangat menuntut untuk
kita sentiasa bersifat sabar.
Jelaslah
kepada kita bahawa memiliki akhlak yang baik adalah perkara yang sangat perlu
dititik-beratkan didalam agenda kehidupan kita, berusahalah bersungguh-sungguh
dalam membentuk akhlak yang baik didalam diri, ianya akan sentiasa menjadi
ujian yang sungguh mencabar. Setiap usaha yang dilakukan pastinya akan memiliki
nilai yang tinggi disisi Allah swt, jangan mudah putus-asa dan kecewa dalam
usaha memperbaiki diri kearah taqwa kepada Allah swt.
Yang
Indah itu Bahasa, Yang Molek itu Pekerti.
Nurul
Asyikin Md Azli
Ulasan
Catat Ulasan