وَتُوبُوا
إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya : dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya
kamu Berjaya.
( surah
An-nur ayat 31 )
Setiap manusia,
setiap anak cucu Adam pastinya melakukan kesilapan dalam melayari bahtera
kehidupan. Akan tetapi Allah s.w.t itu
bersifat maha Pengasih, Penyayang dan banyak lagi sifat-sifatNya yang berbentuk
ihsan. Dengan itu kita diberi peluang untuk bertaubat di atas setiap kesalahan
yang kita lakukan. Satu kisah yang sangat familiar di telinga-telinga kita,
diriwayatkan oleh Imam Muslim tentang seorang pembunuh yang telah membunuh 100
nyawa manusia ingin bertaubat dan akhirnya mati di dalam perjalanan menuju
taubat, dengan izin Allah taubatnya di terima walaupun mati dalam keadaan belum
sempat bertaubat.
Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya : “ wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohon ampun kepadaNya. Sesungguhnya aku bertaubat 100 kali dalam sehari.
( Hadis
riwayat Muslim )
Bayangkanlah wahai
sahabat sekalian, jika seorang kekasih Allah, seorang Rasulullah yang berakhlak
mulia juga bersifat maksum serta dijamin
keampunan Allah bagi dosa-dosa yang terdahulu mahupun akan datang pun bertaubat
100 kali sehari! Apa lagi kita yang bukan bersifat maksum, kedudukan di sisi
Allah hanya sebagai hamba, adakah kita tidak memerlukan taubat untuk
mendapatkan magrifatullah?
Allah s.w.t yang
bersifat Al- Ghaffar (Maha Pengampun) dan bersifat At-Tawwab (Mana Penerima
Taubat) pasti akan menerima taubat hambanya yang benar-benar menyesali
kesalahannya, dengan taubat yang sebenar-benarnya iaitu Taubat Nasuhah. Tetapi
bagi mereka yang bertaubat, kemudian melakukan kemungkaran dianggap
mempermainkan taubat itu sendiri.
Dalam realiti
kehidupan hari ini ramai manusia yang hanyut dengan keseronokkan dunia sehingga
lupa pada tanggungjawab kita sebagai hamba untuk mengabdikan diri kepada Tuhan
yang menciptakan kita. Dalam masa yang sama kita tidak dapat menjamin jangka
masa hayat kita di dunia yang sementara, dengan bahasa yang mudah adakah kita
pasti kita boleh hidup seperti hari ini pada esok hari? Bahkan, jika kita hidup
di waktu pagi adakah kita pasti kita akan hidup pada waktu petang? Kesemua
soalan itu kita tidak dapat menjawabnya kerana ajal dan maut itu ketentuaan
Ilahi.
Allah s.w.t berfirman
:
فَتَابَ عَلَيْكُمْ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
( Surah Al-Baqarah ayat 57 )
Demikian adalah
kalam Allah yang tertulis di dalam Al-quran yang boleh kita pegang sebagai
janji untuk orang-orang yang bertaubat. Jadi, marilah kita persiapkan bekalan
akhirat seperti kita mempersiapkan diri kita akan mati pada esok hari.
Arinil Hidayah Binti Mohamad Kassim
Timb. Ketua Lajnah Kebajikan Dan Penempatan MPM KUIZM 2013/14
Ulasan
Catat Ulasan