1. Mendapat Kecintaan Allah swt.
Dua hati, antara dua
orang yang bersahabat, yang menjalin persahabatan atau persaudaraan kerana
Allah swt, akan mendapat balasan dari Allah swt iaitu Allah Ta’ala akan
mencintai kedua-dua mereka. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada RasululLah
saw: “Bahawa seorang lelaki pergi menziarahi saudaranya yang tinggal di sebuah
kampung, lalu Allah Ta’ala mengutus seorang malaikat untuk mengawasi
perjalanannya itu. Ketika sampai, malaikat bertanya: “Hendak bertemu siapa?”
Jawab lelaki itu: “Saya hendak bertemu dengan saudara saya yang tinggal di
kampung ini.” Malaikat bertanya pula: “Apakah kamu akan dapat sesuatu
daripadanya?” Jawab lelaki itu: “Tidak, tetapi saya mengasihi, merinduinya
kerana Allah.” Malaikat berkata: “Aku diutus Allah kepadamu untuk memberitahu,
bahawa Allah mencintamu seperti mana kamu mencintai saudaramu itu.” Allahu
Akbar wa lilLahi al-Hamd…adakah di sana cinta agung tandingan yang didamba
setiap sekeping hati selain cinta agung yang tulus mulus dan terjamin tidak ada
masa surut, khianat dan curangnya ini?.
2. Mendapat perlindungan Allah Ta’ala di hari
akhirat
Daripada Abu Hurairah
r.a. bahawa RasululLah saw bersabda:
“Pada hari kiamat, Allah akan berfirman
(menyeru): “Manakah orang-orang yang (dulu semasa di dunia) saling mencintai
kerana KeagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak
ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.”” [Hadis Muslim]
3. Berada di atas mimbar-mimbar cahaya
Hadis qudsi daripada
‘Ubadah bin Shomit, Allah swt berfirman; “KecintaanKu hanya untuk orang-orang
yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturrahim dan saling berkorban
keranaKu. Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, akan berada di atas
mimbar-mimbar cahaya. Para nabi, sahabat dan syuhada merasa cemburu terhadap
mereka”. [Hadis Ibnu Hibban dll]
4. Beribadah dengan amal yang paling utama.
Daripada Mu’az bin
Anas, RasululLah saw telah ditanya: tentang apakah amal yang paling utama?,
Jawab RasululLah saw: “Kamu mencintai dan membenci kerana Allah dan kamu
menggunakan lidahmu untuk mengingatiNya.” RasululLah saw ditanya lagi: “Apa
lagi wahai RasululLah?” RasululLah saw menjawab: “Bahawa kamu suka untuk
manusia apa yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau tidak suka untuk
manusia apa yang engkau tidak suka untuk dirimu sendiri.” [Hadis Imam Ahmad]
5. Terhindar dari rasa takut dan dukacita
Umar r.a meriwayatkan,
bahawa RasululLah saw bersabda:
“Di antara hamba-hamba
Allah ada manusia yang bukan para nabi dan bukan pula para syuhada, tetapi pada
hari qiamat para nabi dan para syuhada cemburu kepada mereka kerana kedudukan
(istimewa)nya di sisi Allah.” Para sahabat bertanya; “Wahai RasululLah!
Beritahu kami siapakah gerangan mereka itu?” Rasulullah saw menjawab: “Mereka
adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan
keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan. Demi Allah! Muka
mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika
orang-orang lain merasa takut, tidak berdukacita ketika orang lain
berdukacita”.
Kemudian RasululLah
saw membacakan ayat:
أَلآ
إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَهُمْ يَحْزَنُونَ
“Ingatlah,
sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut dan mereka tidak
bersedih hati”. [QS.10 (Yunus):(62)]
6. Terampun segala dosa.
Riwayat ath-Thabrani,
RasululLah saw bersabda:
“Sesungguhnya seorang
muslim apabila bertemu dengan saudara muslimnya, lalu berjabat tangan, gugurlah
dosa kedua-duanya sebagaimana berguguran daun-daun dari pohon ke bumi di suatu
hari yang berangin kencang, diampunkan dosa kedua-duanya walaupun dosanya
seperti buih di lautan”.
7. Mengecapi kemanisan iman.
RasululLah saw
bersabda:
“Tiga perkara, sesiapa
yang terdapat ketiga-tiga perkara tersebut dalam dirinya, ia akan mengecapi
kemanisan iman, iaitu; bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari yang
lain, bahawa ia tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah dan bahawa ia
benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dilontarkan ke dalam
neraka”.
Admin.
Admin.
Ulasan
Catat Ulasan