Sejarah telah
menukilkan kegemilangan Islam itu dirintis oleh sekumpulan anak muda di mana
ia berpusat di rumah Al-arqam bin Abi Al-Arqam. Dengan semangat dan kecintaan mereka yang mendalam inilah telah
lahirnya kegemilangan dan kemenangan yang besar dalam dunia Islam. Rasulullah
di angkat menjadi nabi pada usia 40tahun, Abu Bakar lebih muda 2 tahun dari
baginda, manakala Umar pada ketika itu berusia 27 tahun. Uthman lebih muda daripada
Rasulullah dan Ali lebih muda daripada
mereka. Begitulah juga sahabat-sahabat nabi yang lain antaranya Abdullah bin
Mas’ud, Al-Arqam bin Abi Al Arqam, Amar bin Yasir, Bilal bin Rabah dan ramai
lagi para sahabat yang semuanya adalah di kalangan para pemuda hebat yang
mengotakan janji mereka terhadap Allah.
Maka ketahuilah!
Anak muda adalah agen utama kepada perubahan ummah sebagai mana Nabi pernah
bersabda yang bermaksud “aku
berpesan kepada kamu dengan satu wasiat dan satu pesanan yang sangat penting,
supaya kamu menangani pemuda-pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya
anak-anak muda, mereka mempunyai jiwa yang sangat unik, yang mudah di bentuk
dan yang mudah dipimpin, sesungguhnya aku di bangkitkan oleh Allah dengan
membawa agama yang lurus suci dan benar. Maka yang menyokong aku adalah di
kalangan para pemuda sementara yang menentang aku adalah di kalangan orang tua”.
Begitulah juga
Al-quran telah merakamkan kisah pemuda-pemuda hebat yang mempunyai keimanan
yang tinggi kepada Allah aqidah yang teguh juga keikhlasan yang suci mereka inilah
pemuda-pemuda kahfi yang lari demi menyelamatkan iman dari tangan penguasa yang
zalim Allah berfirman dalam surah Al-kahfi :
إِنَّهُمْ
فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (13)
Maksudnya :
sesungguhnya mereka itulah pemuda- pemuda yang beriman kepada tuhan mereka,dan
kami tambahkan kepada mereka petujuk. (al-kahfi ayat : 13)
Di sinilah kita
memehami bahawa rahsia kekuatan dan kemegahan Islam itu tertegaknya melalui
tangan anak-anak muda yang memahami Islam sebagai dinnnya. Pemuda- pemuda
inilah yang menjadi pengibar kepada panji Islam di sepanjang zaman yang mana ia
tidak akan di dapati dari mana-mana pemuda sekalipun selain pemuda Islam.
Dalam kitab
karangan DR. Nasih Ulwan “hatta a’lama as- syabab” menyebut kisah Uqbah
bin Nafi’ yang berdiri di penghujung barat, di persisiran pantai (lautan Atlas)
dia berkata sambil mengharungi air laut :
اللهم رب
محمد, لولا هذا البحر لفتحت الدنيا فى سبيل الأعلاء كلمتك اللهم فاشهد !!
Ya Allah, tuhan Muhammad. Kalaulah tidak
kerana lautan ini, nescaya aku akan membuka dunia di jalan untuk meninggikan
kalimahmu. Ya Allah saksikanlah.
Juga kisah
Qutaibah al-Bahili yang telah masuk jauh ke sebelah timur. Dia bertegas untuk
memasuki Negara China untuk membukanya, maka berkata salah seorang sahabatnya dalam
keadaan kasihan kepadanya” sesungguhnya engkau telah memasuki jauh ke dalam
negara Turki, sepanjang ini pelbagai peristiwa datang dan pergi” lantas beliau
menjawab dalam keadaan imanya yang telah sampai kekemuncak “Dengan keyakinanku
kepada pertolongan Allah Aku telah masuk jauh kedalam. Sekiranya telah sampai
ajal, nescaya tidak bermanfaat lagi segala persiapan”. Apabila sahabat yang
menasihatinya itu melihat keazaman dan kesungguhannya untuk terus melangkah
meninggikan kalimah Allah, dia berkata” teruskanlah perjalannmu sebagai mana
yang engkau kehendaki wahai Qutaibah. Keazaman ini tidak mampu ditumpulkan oleh
sesiapa pun kecuali Allah.”
Inilah
gambaran-gambaran manusia hebat yang terdidik iman mereka atas kecintaan mereka
yang teguh terhadap Allah dan Rasulnya.
Namun apa yang
ingin di lontarkan di sini, apakah kita hanya pemuda-pemuda yang hanya
berbangga membaca lembaran-lembaran sejarah tanpa kita mengambil ia sebagai tauladan
dan ikutan untuk kita tampilkan watak-watak ini dalam kehidupan kita?
Lihatlah! Dunia semakin tua dan tenat dengan pelbagai duka luka dan air mata yang dilakarkan oleh ummat manusia yang semakin hari semakin tengelam dilambung ombak nafsu yang menggila, ummah yang semakin gersang dan jauh dari hakikat Islam yang sebenar. Maka siapakah yang seharusnya menjadi penyembuh dan penyelamat kepada ummat ini? Jawapannya adalah para pemuda Islamlah yang bertanggungjawab untuk mendokong amanah suci ini.
Maka ayuhlah anak muda yang meletakkan dua
syahadah dihatinya, marilah bersama
menjadikan Islam sebagai cara hidup kita dengan memahami dan menunaikan
tanggungjawab dakwah yang tergalas dibahu kita dengan kesabaran dan pengorbanan
yang tinggi untuk kita meriaalisasikan penyebaran Islam. Peranan pemuda
sangatlah besar dalam mencorak masa depan negara dan dunia. Contohilah pemuda–pemuda
hebat yang bahagia dengan mengorbankan diri, harta dan keluarga mereka demi
untuk melihat Islam terus bersinar di muka bumi.
Dengarlah wahai pemuda Islam! Kita adalah
pemuda yang terbaik, yang harus menjadi tauladan dan contoh yang terbaik dari
segenap segi iaitu aqidah, ibadah, akhlak, muamalah, penampilan, keteguhan
pendirian pergerakan, pengorbanan dan cita- cita yang telus dalam mencapai
mardhatillah kerana itulah yang membezakan kita dengan pemuda lainnya. Imam
al-Gazali pernah menyebut “Negara yang cemerlang pada masa hadapan adalah
bermula dengan hakikat pemuda masa kini”
Ketahuilah wahai
pemuda sesungguhya dunia merindui para pemuda yang sudi menyemai benih-benih
iman di dadanya.. saksikanlah betapa ramainya manusia yang semakin jauh dari
hakikat iman, maka mereka semakin kabur dan sukar dalam mengapai pedoman dalam
kehidupan. Ini berpunca dari tandusnya pendakwah- pendakwah kebenaran.
Kesimpulanya hakikat
kehidupan ini bukanlah diukur dengan angka dan umur seseorang. Muda atau tua
bukanlah penjamin kepada panjangnya perjalanan kehidupan. Justeru itu mulalah
bercucuk tanam di dataran ini agar kita dapat merasai hasilnya di negeri abadi.
Marilah pemuda kita mula melangkah kearah cita-cita dan impian yang mulia,
kuatkan tekad dan azam, marilah berganding tangan menjadi perintis dalam tindakan bersedia
untuk memberi rela dalam
berkorban, teguhkan jiwa ikhlaskan niat untuk berjihad di jalan Allah dengan
harta serta jiwa raga untuk kita meraih mardhatillah juga agar cahaya Islam itu dapat di rasai oleh
seperempat permukaan bumi ini. Kerana kitalah jundullah yang di nanti!
Muslihah bt Mohd Amir
Timb Presiden II,
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM sesi 2013/14
Ulasan
Catat Ulasan