Firman Allah SWT
di dalam surah al-Baqarah ayat 183,
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu medium yang Allah swt gunakan untuk
mendidik hambanya yang beriman untuk peroleh taqwa yang sebenar. Taqwa menurut sayyidina Ali Bin Ali Talib adalah takut kepada
Allah SWT, beramal sesuai dengan apa yang telah diturunkan kepada nabi SAW, bersyukur
dengan nikmat yang sedikit dan sentiasa bersedia dengan hari kemudian. Ini
selaras dengan perintah Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah
kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)
dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” -Al-Hasyr:18
Hamba yang
bertakwa adalah insan yang mampu mewujudkan nilai Islam secara menyeluruh dalam
dirinya. Dirinya terpahat nilai-nilai Islam yang akan melaksanakan segala
tuntutan Islam, Iman yang sempurna dan mempunyai sikap Ihsan iaitu menghambakan diri hanya
kepada Allah s.w.t serta merasa
kehadiran dan pengawasan Allah s.w.t.
Ibadah puasa itu
sendiri merupakan sumber motivasi Ramadan dalam membina potensi, semangat dan
kekuatan kepada kita. Sekiranya puasa itu
dilaksanakan dengan baik, proses pembebasan jiwa dari kongkongan hawa
nafsu yang bersifat keduniaan dan kebendaan mudah dicapai. Pengakhirannya
akan melahirkan individu yang bergelar hamba Allah s.w.t. dan bukannya hamba
kepada nafsu.
Ulamak menyifatkan Ramadhan sebagai satu madrasah yang berperanan melahirkan graduan
yang bertakwa apabila individu tersebut benar-benar mematuhi peraturan, sistem
kurikulum dan ko-kurikulum selama berada di madrasah ini. Maka sewajarnya kita
sebagai seorang hamba mempersiapkan diri
dan berusaha untuk merebut extra bonus Ramadhan serta menjaga perilaku
kita agar tidak tersasar dalam melakukan dosa yang boleh menyebabkan berlakunya
kecacatan dalam amal ibadah kita.
“Allahumma Bariklana fi Ramadhan ...” Inilah
doa yang seringkali diucapkan dan sentiasa diulang-ulang apabila tibanya bulan
Ramadhan al-Mubarak bagi mengambil
mengambil sunnah Rasulullah SAW yang sering diulangi baginda nabi, ‘Ya Allah
Berkatilah kami di bulan Ramadhan’.
Sama-samalah kita saling ingat-mengingati, memohon keampunan Allah SWT atas
dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini samada sedar atau tidak sedar serta tidak
melepaskan peluang untuk melakukan amal kebaikan dan berdoa agar amal kebaikan
kta diterima oleh Allah SWT.
Dari Abi Hurairah r.a.
Rasulullah SAW naik keatas mimbar, kemudian baginda berkata "Amin..Amin..Amin.." Kemudian para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW. "Wahai Rasulullah, Apakah sebab tuan mengatakan amin (3x) semasa menaiki mimbar?"
Kemudian Rasulullah SAW memberikan keterangannya. "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barangsiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan pada bulan Ramadhan. Maka ia dimasukkan kedalam api neraka dan Allah SWT jauh darinya, maka katakanlah amin." Kemudian aku mengaminkannya"
(Hadis riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:118)
Nor
Sumayyah Bt Mohd Zan
Timb. Ketua Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah MPMK
Sesi 2013/14
Ulasan
Catat Ulasan