Ramadhan
kali ini kita dikejutkan dengan khabar mengenai Bumi Gaza yang diserang secara
besar-besaran oleh Zionis laknatullah, ini menimbulkan kepiluan yang sangat
dalam di hati seluruh umat Islam. Bunyi bedilan bom dan pelbagai jenis peluru
menjadi irama yang menyeru mujahidin kepada jihad di sana, kita pula di sini masih lagi khayal
dengan alunan muzik yang tidak membantu untuk menambahkan taqwa kepada Allah.
Dimanakah
silap kita sebagai anak muda Islam tidak lagi mempunyai rasa sayang terhadap
saudara kita di Gaza? Kita hanya mendengar berita ini tanpa sedikitpun mahu
berusaha untuk membantu jihad mereka di sana. Sudahkah hilang rasa kasih sayang
kita kepada saudara seIslam kita disana?
Ramadhan
sudah menjengah pada fasa kedua, tidakkah 10 hari yang pertama itu mengubah
kita untuk lebih rasa kehambaan kepada Allah? Menjadi lebih cakna kepada
saudara-saudara seIslam kita?
Anak-anak
muda di Gaza bersahur di dunia, namun terus menempah mahligai terindah untuk
berbuka lewat petang nanti. Syahid sentiasa diburu, apakah kita tidak cemburu?
Mujahidin tidak teragak-agak, tidak gentar untuk melawan kembali Israel yang tidak
putus asa untuk merampas tanah umat Islam ini, mereka terus maju dan
bersemangat menghadapi musuh dengan ketinggian tawakal kepada Allah. Apa usaha
kita disini?
Ayuh,
saya menyeru kepada seluruh sahabat-sahabat agar sama-sama menghulurkan bantuan
kewangan dan tenaga doa setiap kali seusai solat, wajibkan diri kita untuk
sentiasa mendoakan kemenangan buat Gaza dan rakyatnya.
Ayuh
muslimat, didiklah diri kita mengikut acuan Al-Quran dari
hari ini supaya mampu melahirkan mata rantai perjuangan Islam untuk hari muka.
Jika tidak kita, siapa lagi yang boleh diharapkan?
Nurul
Asyikin binti Md Azli
Timb. Bendahari Kehormat,
MPMK
sesi 2013/2014
Ulasan
Catat Ulasan