Wahai manusia! Adakah kamu dikira beriman selagi kamu tidak diuji? Ingatlah firman Allah didalam Surah Al-Baqarah:214,
"Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)".
Setiap
hambanya yang beriman pasti akan di uji. Bersabarlah diatas ujian
Allah. Allah tidak menitipkan ujian kepada sesuatu jiwa melainkan mereka
mampu mengharunginya. Allah taala berfirman, Surah Al-Baqarah:286
"Allah tak menguji manusia kecuali sesuai dengan tahapnya.."
Islam agama yang mudah dan indah, Islam telah memberi keringanan bagi mereka
yang ditimpa kesukaran banjir untuk menjamak solat fardhu mereka secara
tamam. Keadaan yang genting dan gawat sebegini sepatutnya membuatkan kita lebih dekat dengan Allah dan menzahirkan ketaatan kepada-Nya tanpa berbelah bahagi.
Ingatlah
sahabat-sahabat, menjadi kewajiban bagi kita membantu saudara kita yang
ditimpa musibah. Jangan lupa berdoa untuk mereka dan berhentilah
menyebarkan berita palsu, kerna ia akan menggangu emosi ahli keluarga
mangsa yang berjauhan.
Nabi
pernah berpesan mafhumnya "sesiapa yang tidak ambil berat urusan orang
Islam, mereka bukan dari golonganku." Juga Allah SWT telah berfirman di
dalam Surah At-Taubah:111;
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan
jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di
antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang
demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di
dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi
yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,
bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan
(ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang
besar."
Maka kita selaku umat Islam mesti sensistif bila mendengar peringatan dari Allah SWT dan junjungan baginda Rasulullah SAW ini.
MUHAMMAD HARITH MOHD NOH
Presiden MPM KUIZM 14/15
MUHAMMAD HARITH MOHD NOH
Presiden MPM KUIZM 14/15