Al-quran
mengecam mereka yang tidak mengunakan akal untuk menghayati al-quran. Mereka
itu telah tertutup hatinya.Allah s.w.t. berfirman dalam surah Muhammad ayat 24.
"(setelah diterangkan
Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta
memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang
menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?"
Alangkah
malangnya kita jika mendapat teguran penghinaan daripada Allah s.w.t. seperti
yang terjadi kepada ummat yang terdahulu,menerusi ayat-Nya dalam surah
al-baqarah ayat ke 78.
"dan di antara mereka
pula ada orang-orang Yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab
Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan
mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja."
Salah
satu pandangan yang dikemukankan oleh tafsir zad a-masir adalah
kejahilan yang berlaku sehingga mengakibatkan kegagalan memahami kandungan
al-quran itu sendiri. Ibn ‘Abbas mentafsirkan kalimah ‘ummiy’ dengan erti tidak
mengetahui makna pesan-pesan Allah walaupun boleh jadi mereka menghafalnya. Perkara
ini turut merujuk pada kebodohan laksana keldai yang mendapat kitab-kitab tanpa
mendapat manfaat lansung
daripadanya.Allah taala berfirman dalam surah al-jumuah ayat 5.
"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi
orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang
(Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan
hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan
tugas itu, samalah seperti keldai Yang memikul bendela Kitab-kitab besar
(sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang
mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi
hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim."
Admin.