Lelaki berkerusi roda ini telah menggoncangkan dunia untuk
membebaskan Bumi Palestin sehingga pembunuhan beliau telah dirancang
dengan rapi dan kejam. Jenazah As Syahid hancur. Hari ini 22 Mac maka
genaplah 11 tahun pemergian As Syahid. Hari ini ku bawakan kembali
pesanan As Syahid kepada Kita. Maka kita renungkanlah sedalam-dalamnya
:-
"WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada
ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan
kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu.
TELAH tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara
berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan
akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi
kehidupan Nabi Muhammad saw.
AKU menyeru kamu wahai anak-anakku
untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian
wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang
agung.
WAHAI para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan
menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan
hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap
ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang
berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih
tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
AKU ingin kamu tidak
tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata
yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya
dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku
amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke
dalam arus syahwat.
WAHAI Puteriku , aku ingin kamu berjanji
kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta
kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang
agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan
Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram
hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian
pemuda supaya mendekati kalian.
KEPADA semua, aku ingin kalian
bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dgn agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan
mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yang pekat.
Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan
elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan
kehidupan yang sukar.
BIASAKAN diri kalian agar dapat melindungi
diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama
kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.".
Luqman Daud