Ketika ramai rakan di sekeliling anda mempunyai teman di sisi, anda masih sendiri meniti hari yang mendatang. Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?
Kerana fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai. Jika
anda masih bersendirian, jangan bersedih. Kadang-kadang terlintas di fikiran
kita,
“Bahagianya
dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”
“Kenapalah
orang lain dah berteman? Aku seorang je yang single”
“Aku ni
tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”
“Tuhan
tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam
kawan-kawan aku tu”
Bila kita bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna
Allah tak sayang kita. Sebab Allah sayang kitalah dia beri kita masa untuk
bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin kita
diuji dengan bersendirian dan tiada teman di sisi.
Kawan-kawan kita yang berpunya itu tiada ujiankah?
Mereka juga sedang diuji. Dalam percintaan tidak selamanya bahagia
sahaja. Adakalanya mereka bergaduh, berpisah dan sebagainya. Adakah kita nampak ujian
yang Allah turunkan itu berbeza buat hambaNYA?
Apabila kita bersendirian, kita dapat menghindarkan perkara-perkara
yang menjerumuskan kita ke lembah dosa. Kita takkan terjebak dengan zina mata dan zina hati. Kita
takkan terlibat dengan belenggu perasaan.
Tak perlu rasa bimbang jika kekasih hati berubah hati. Mungkin
anda belum berteman kerana anda belum bersedia. Bercinta bermakna anda perlu
bersedia untuk dicintai dan bersedia untuk dilukai. Mungkin jika anda berteman sekarang, anda tidak mampu fokus dalam pelajaran. Mungkin
juga jika anda berteman sekarang, emosi anda akan selalu terganggu. Sebab
itulah, Allah memberikan masa untuk anda bersendirian dan berdikari menempuh
ranjau kehidupan ini.
Kita
hanya mampu merancang kehidupan ini, tapi jangan lupa bahawa Allah adalah
sebaik-baik perancang.
Jika
Allah memakbulkan doamu, itu tandanya sayangnya Allah kepadamu.
Jika
Allah belum memakbulkan doamu, itu tandanya ujian Allah buatmu.
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih baik untuk masa depanmu.
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih baik untuk masa depanmu.
Oleh
itu, tak perlulah risau mengenai jodoh. Bila tiba dan waktu yang sesuai, anda
pasti akan bertemunya. Jodoh kita sudah tertulis sejak azali. Teruskan berdoa
semoga anda cepat bertemu jodoh yang ditentukan Allah. Yang penting teruskan
memperbaiki diri supaya kita dapat jodoh yang baik.
Ahmad Syifa Abd Rahim,
Mahasiswa KUIZM.
Ulasan
Catat Ulasan