Hak Mengundi dan Bersuara
Hak mengundi dan bersuara terbahagi kepada dua, iaitu :
- Ahli Tetap
- Wajib menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan Mesyuarat Agung Khas (MAK).
- Berhak mengundi dan layak diundi.
- Ahli Bersekutu
- Berhak menghadiri MAT dan MAK.
- Berhak mengundi tetapi tidak layak diundi.
Hak dan Kewajipan
- Memastikan segala tindakan dan aktiviti tidak bercanggah dengan dasar Islam dan polisi KUIZM
- Boleh mendapat kebajikan daripada MPMK.
- Menjaga nama baik MPMK dan KUIZM.
- Setiap ahli wajib membayar yuran tahunan.
- Mesti mengikut aktiviti MPMK.
- Wajib mematuhi perlembagaan MPMK dan peraturan yang ditetapkan oleh AJKT dan pihak pentadbiran KUIZM.
- Setiap ahli tidak dibenarkan melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang bertentangan dengan dasar dan perlembagaan MPMK.
Yuran Tahunan
Setiap ahli wajib membayar yuran tahunan sebanyak RM 10 setahun.
Hilang Keahlian
- Hilang keahlian MPMK berdasarkan salah satu daripada perkara berikut :
- Ahli yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan bab 3 fasal 10 (b) kesemuanya kecuali ceraian 2, serta tertakluk kepada pertimbangan AJKT dan penasihat MPMK.
- Menarik diri dari menjadi ahli MPMK secara bertulis kepada Presiden.
- Menamatkan pengajian di KUIZM.
- Menangguh pengajian melebihi 2 semester.
- Meninggal dunia.
- Dipersetujui oleh DUA per TIGA AJKT
- Ahli yang ditarik keahliannya akan dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan Setiausaha selepas keputusan AJKT mengenai perkara tersebut.
- Mana-mana individu yang telah dilucutkan keahliannya tidak berhak menuntut sebarang yuran yang telah dijelaskan.
Memperbaharui Keahlian
- Individu yang telibat dalam bab 3 fasal 12 (a) kesemuanya kecuali ceraian 1(c), 1(d), dan fasal 12 (b).
- Membuat semula permohonan keahlian menurut peruntukan yang dijelaskan dalam bab 3 fasal 9 kecuali 9 (d).
*Maklumat lanjut sila rujuk di Perlembagaan MPMK
Ulasan
Catat Ulasan