COVID-19: MENGURUS EMOSI DENGAN BAIK


Sehari sebelum tamat tempoh kawalan pergerakan fasa pertama, kerajaan Malaysia telah mengumumkan tempoh kawalan pergerakan dilanjutkan, dan kemungkinan akan terus berlanjutan sehingga wabak Covid-19 dapat dibendung.

Sepanjang tempoh kawalan ini, ia merupakan fasa yang amat mencabar, turut memberi kesan kepada mental dan emosi manusia kerana pergaulan sosial manusia jadi terbatas. 

Hasil daripada perubahan rutin, keadaan dan suasana ini ia akan menyebabkan perubahan emosi, dan seseorang itu akan berada dalam zon tertekan sementara untuk membiasakan diri dengan keadaan yang baru. Ditambah pula dengan perasaan risau, takut dan buntu dengan peningkatan kes Covid 19 saban hari.

⚫ Sabar menghadapi ujian dan cabaran

Dalam berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran hari ini, sama ada dari sudut kewangan, pergerakan, pekerjaan dan lain-lain yang memberi kesan kepada emosi.

Di dalam Islam, perkara seperti ini perlu diurus dengan sifat kesabaran yang tinggi, Ibnu Abbas menerangkan ada 3 bentuk sabar didalam Al-Quran:

1) Sabar melaksanakan Amanah
2) Sabar meninggalkan Larangan
3) Sabar menghadapi ujian

Oleh itu, sifat sabar inilah yang akan menyinari status kemanusiaan itu ke arah maksimum dan membolehkan manusia menghadapi gelombang hidup ini dengan tenang.

Sabar dalam menghadapi ujian dan cubaan Allah dikira sabar di luar usaha manusia kerana Allah ingin menguji keimanan seseorang dan ingin memberi ganjaran pahala kepadanya.

Allah berfirman: 

مَا عِندَكُمۡ يَنفَدُ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٖۗ وَلَنَجۡزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓاْ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ


(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

-Sura An-Nahl, Ayah 96

⚫ Menyelidiki (Tabayyun) maklumat yang diterima

Berhadapan dengan wabak seperti ini, informasi daripada pihak berautoriti sangat penting, supaya maklumat yang diterima itu adalah maklumat yang benar dan tidak timbulkan panik di kalangan masyarakat.

 Allah berfirman: 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

-Sura Al-Hujurat, Ayah 6

Asbabul nuzul ayat ini Imam Ahmad meriwayatkan, kisah Al-Walid bin Uqbah  dihantar untuk memungut zakat kepada Bani Mustalaq, sehingga timbul lah salah faham bahawa Bani Mustalaq tidak mahu membayar zakat, lalu berita ini sampai kepada Rasulullah, dan Nabi minta Al-Walid untuk selidik dahulu dan jangan buat tindakan terburu-buru.

Hasil tindakan menyelidiki maklumat yang 
belum jelas kebenarannya, maka kaum Bani Mustalaq terselamat daripada serangan yang
tidak wajar akibat maklumat yang tidak benar. Pengajarannya adalah individu perlu menyelidik dengan teliti sebelum membuat suatu tindakan yang merugikan. Ia akan menjadi kerugian dan malapetaka ke atas umat Islam jika tidak berhati-hati dan 
meneliti kebenaran sumber berita yang diterima.

Begitu juga berhadapan dengan situasi hari ini yang penuh dengan penipuan dan maklumat palsu sehingga memberi kesan pada emosi dan menimbulkan masalah pada sesetengah pihak yang menerimanya. Diantara konsep tabayyun adalah hanya menerima maklumat dari pihak yang berautoriti sahaja. 

⚫ Usaha dan tawakal

وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلٗا

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
(Sura Al-Ahzab, Ayah 3)

Tawakal adalah satu-satunya kepercayaan kepada Allah dengan qada' yang ditentukan serta berusaha mengikut sunnah kehidupan, sebagai contoh jika ingin tawakal kepada Allah agar diberikan rezki, kita perlu usaha mencari rezki begitu juga jika ingin diselamatkan daripada sebarang penyakit adalah dengan berusaha untuk menjauhkan diri dari penyakit tersebut.

Jelas di sini, tawakal bukan meninggalkan usaha tetapi hendaklah melakukan pelbagai usaha yang membawa hasil dicita-citakan.

Di antara usaha untuk mengekang wabak dari terus merebak adalah dengan patuh kepada arahan dan saranan kerajaan dan pihak berautoriti, di samping mengikuti langkah-langkah penjagaan kebersihan diri.

Usaha merupakan asbab, tiada seorang pon ahli sufi yang meninggalkan asbab.

Imam Ghazali menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa tawakkal beerti meninggalkan usaha, semata-mata menyerahkan diri kepada Allah, kefahaman ini lahir daripada orang yang tidak memiliki Ilmu.

Umar Abdul Aziz Bin Mokhtar
Timbalan Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa kuizm
sesi 2019/2020

Ulasan