RASIONAL DALAM ISLAM


Rasional itu perlu, tapi bukan Rasionalis. Jika dilihat kisah-kisah di dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang Fir’aun dan Qarun yang telah mendustakan kebenaran. Mereka Mendustakan bukan kerana mereka tidak cerdik, akan tetapi mereka berdiri diatas prinsip rasionalis (Sesuai dengan akal) sehingga menutup mata hati dari Cahaya Ilahi.

Contohnya Qarun, seorang yang telah diceritakan secara spesifik di dalam Quran, Qarun berani mengatakan bahawa harta benda yang dimilikinya adalah hasil daripadanya. Jadi tidak ada yang boleh mengatur kehidupannya apatah lagi peraturan yang mengharuskannya memberi kepada orang lain meskipun perkara itu datang daripada Tuhan. 


قَالَ إِنَّمَاۤ أُوتِیتُهُۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِیۤۚ أَوَلَمۡ یَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِۦ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةࣰ وَأَكۡثَرُ جَمۡعࣰاۚ وَلَا یُسۡـَٔلُ عَن ذُنُوبِهِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ
~Surat Al-Qasas 78~

  Karun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.

Pernyataan Qarun seakan betul, Padahal secara mutlak ianya Salah. Kerana Qarun tidak menyedari bahawa kesihatan yang ada pada dirinya bukan kerana kebijaksanaannya dalam ilmunya, kerana ia lupa Seorang Doktor juga akan mati apatah lagi dirinya jika ditarik nikmat kesihatan pasti ia tidak mampu berniaga untuk mengembangkan hartanya. Ia tidak merasakannya kerana mata hatinya telah tertutup. Allah menenggelamkan Qarun untuk membuktikan bahawa rasionalis ( kesesuaian akal ) manusia sangat terbatas.

Berbeza dengan Zubair Bin Awwam yang berkata, “Siapakah orang di atas muka bumi ini yang menanam pokok lalu dia menetukan jumlah hasilnya? Sesungguhnya, seluruh umat manusia hanya mampu mengerahkan usahanya sahaja, Sedangkan hasilnya ditentukan oleh Allah.

Disini, umat islam memerlukan pandangan hidup islam agar tidak terjebak dengan rasionalis yang sudah pasti mendatangkan keburukan di dalam kehidupan. Hakikatnya hidup ini bermatlamatkan untuk mendapat keredhaan Allah.

Islam yang menjadikan Rasional manusia itu bermanfaat, Seperti kata-kata daripada Saidina Ali Talib untuk kita semua, “ Orang yang berakal itu adalah orang yang meninggalkan hawa nafsu dan menjual dunia dengan Akhirat”.

Muhammad Safiuddin Bin Suhaimi
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM,
Sesi 2019/2020.

Ulasan