Dunia telah mengalami perubahan yang sangat drastik terutamanya beberapa dekad kebelakangan ini sejak internet berperanan menjadi perantara komunikasi yang terpenting. Dunia yang mempunyai komunikasi jarak jauh ini dikenali sebagai dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali dengan globalisasi. Maklumat tersebar begitu begitu pantas sehingga menjadikan surat khabar tidak lagi releven dalam pemberitaan kerana ia adalah berita semalam sedangkan masyarakat memerlukan kepada berita yang berlaku sekarang atau paling tidak berita hari ini. Inilah impak yang dibawa oleh globalisasi yang boleh dianggap sebagai berhala baru yang boleh mencorakkan cara hidup manusia.
⚫ Peringkat Awal Konsep
Globalisasi Diperkenalkan
Ia telah memukau banyak pihak kerana ia mengubah cara
manusia berinteraksi dengan maklumat. Namun, lama kelamaan ia dilihat telah
memberi impak yang sangat besar kepada sistem kehidupan manusia dalam aspek
politik, sosial dan ekonomi semua negara. Perubahan berlaku bermula dengan cara
manusia berfikir dan akhirnya membawa manusia berpegang dengan prinsip dan
cabaran yang mementingkan hak kebersamaan, manakala nilai hidup berasaskan
kepada tradisional semakin hilang.
⚫ Konsep Globalisasi Menurut
Sarjana Islam
Dr. Yusuf al-Qardawi
Al-Qardawi menyatakan bahawa globalisasi bermaksud
menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa. Yakni memindahkan sesuatu
dari kawasannya yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh
daripada sebarang pengawasan. Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan
sempadan negara, beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan
membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyebari alam dan ruang angkasa
yang berada dalam lingkungan planet Bumi. Bertitik tolak dari sini maka
negara-negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dan sesuatu umat berada dalam
zaman yang ditunjangi oleh globalisasi.
⚫Isu-isu Globalisasi dan
Kesannya Kepada Dunia Islam
Media
Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh
masyatakat Muslim di Malaysia khususnya ialah kebanjiran maklumat yang tidak
berguna. Islam menekankan kecintaan kepada ilmu dan hikmah dan memandang serius
kepada lambakan maklumat yang tidak berguna yang mudah diakses dengan
kecanggihan teknologi maklumat terkini. Apa yang merisaukan ialah fenomena
kebanjiran maklumat yang tidak berguna ini kerana maklumat sebegini mudah
menarik minat anak-anak muda dan remaja yang sedang meningkat naik.
Wallahua’lam.
Nurul Husna Maisarah Binti Mohamad
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM,
Sesi 2019/2020.
Ulasan
Catat Ulasan