Maksudnya : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
Surah Al-Ahzab, ayat 21
Ayat di atas
jelas menunjukkan kepada kita bahawa sirah Rasulullah SAW seharusnya menjadi
perkara yang utama dalam diri setiap Muslim supaya dapat menghayati perjalanan
hidup baginda. Hal ini kerana, segala tindak tanduk baginda adalah terpelihara
dari kelemahan manusia biasa. Bukanlah mempelajari sirah Rasulullah SAW itu
sekadar mengetahui peristiwa atau sejarah, tetapi tujuan yang sebenarnya ialah
untuk memahami tasawwur Islam yang hakiki yang dinyatakan oleh baginda.
Terdapat
banyak kelemahan yang dipamerkan oleh umat Islam hari ini, akibat daripada
salah faham terhadap konteks Islam yang sebenar. Wujudnya golongan yang hanya
meneruskan perjuangan Rasulullah ini dengan slogan-slogan, qasidah-qasidah dan
nasyid-nasyid atau sekadar hanya memuja dengan lidah yang tidak bertulang dan
membawa dakwah yang cair seperti itu, mari sama-sama kita memperingati firman
Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Maksudnya : “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka
sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh
kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya
tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka)
dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji)..”
(Surah Al-An'am, ayat 70)
Diantara
matlamat sebenar dalam sirah Rasulullah SAW adalah :
Memahami
syakhsiyyah Rasulullah di dalam kehidupannya dan Situasi yang dialaminya bagi
menyakinkan bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah sekadar seorang tokoh di kalangan
kaumnya tetapi lebih dari itu ialah sebagai seorang Rasul yang disokong dan
didokong dengan wahyu dan sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah.
Mendapat gambaran
yang jelas daripada contoh yang paling baik pada diri individu yang paling baik
akhlaknya dan bernilai tinggi, yang menjadi perlembangan hidup yang wajib
dipegang dan semestinya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, yang hanya
wujud di dalam perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Memahami Al-Quran
dengan cara yang betul melalui penghayatan dan merasai roh dan matlamatnya. Ini
kerana, kebanyakan ayat-ayat Al-Quran itu ditafsirkan oleh peristiwa yang
dilalui oleh Rasulullah SAW.
Dapat mengumpulkan
pengetahuan yang sebanyak-banyaknya tentang Islam sama ada yang berhubung
dengan aqidah, hukum-hukum atau akhlak, kerana peribadi Rasulullah SAW itu
mengandungi contoh Islam yang sebenarnya.
Menjadi seorang
Mu'min dan Muslim yang dapat meneruskan cita-cita Islam melalui jalan yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Wallahua'lam.
Sumber : Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah, oleh Haji Abdul Hadi Awang
- Sedutan Artikel Mahasiswa
Ulasan
Catat Ulasan