Tuesday, 22 January 2013

HIKMAH 2012

Taman Melewar,KUIZM  ,  20 Disember 2012 - Buat julung-julung kalinya KUIZM mengadakan program yang bertujuan memberi penghargaan kepada mahasiswa/wi kuizm yang cemerlang bukan sahaja akademik malah cemerlang syakhsiah juga ada penghargaan diberikan program yang diberi nama Hari Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa (HIKMAH 12)

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Mahfodz Mohamed yang dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada KUIZM kerana berjaya mengadakan Majlis sebegini walaubagimanapun pihak atasan masih tidak berpuas hati dengan jumlah kemasukan di KUIZM yang perlu diatasi dengan pelbagai cara , ini kerana satu-satunya kolej yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pas ialah KUIZM.

Antara anugerah yang diberikan kepada pelajar ialah Sijil Ahli Usrah Terbaik, Sijil Pelajar Cemerlang, Sijil Pencapaian Terbaik Semester. Sijil  Tunas Harapan , Anugerah Pelajar Terbaik Jabatan dan Anugerah Pelajar Mithali .Setinggi -tinggi tahniah diucapkan kepada mahasiswa/wi  kuizm yang berjaya melayakkan diri untuk menerima anugerah.

Dan bagi yang tidak berjaya mendapat anugerah teruskan usaha dengan lebih gigih , tujuan utama kita diamanahkan mencari ilmu itu bukan sekadar mahu mendapatkan anugerah semata-mata tetapi yang lebih utama ialah mengeluarkan diri dan juga masyarakat daripada kejahilan dengan beramal dan menyampaikan ilmu tersebut tidak kira dalam bentuk apa sekalipun.

sedikit gambar kenangan yang dapat dirakamkan..

Ketibaan Yg Berhormat Dr. Mahfodz Muhammad

Gimik Perasmian


 Antara pelajar-pelajar yang menerima anugerah

























Anugerah Pelajar Mithali (ikhwah) : Mohd Syafie Yunos aka abg den kita.. 

Anugerah Pelajar Mithali (akhwat) : Muslihah Mohd Amir

 sesi bersalaman bersama perasmi..



team qasidah yg memeriahkan lagi HIKMAH 2012

Terus berjuang mencari ilmu dan keredhaan ilahi!

Email