Selasa, 18 Disember 2012

With JPAM at Hulu Yam

Hulu Yam , 15 Disember 2012 - Kursus Rawatan Kecemasan Dan Keselamatan  Anjuran Lajnah Kebajikan Pas Pusat (LKPP) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Kuizm (MPMK) dengan kerjasama  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) , Disertai seramai 50 orang terdiri daripada pelajar KUIZM ikhwah dan akhawat serta ajk LKPP.

Program bermula pada pukul  9.00 dengan ucapan perasmian daripada Saudara Mazlan Aliman yang menegaskan pentingnya sesebuah NGO yg bersifat kebajikan mengetahui secara asas aspek-aspek bagaimana untuk menghadapi situasi kecemasan dan rawatan keselamatan selaras dengan sifat ngo itu sendiri.

Pada slot pertama menerangkan rawatan kecemasan secara umum yang disampaikan oleh Puan Nora, dan pada slot yang kedua penerangan tentang CPR secara teori dan praktikal oleh Sarjan Suriani, dan pada slot yang terakhir oleh Sarjan Aszemi yang menerangkan tentang cara-cara menyelamat secara teori dan juga praktikal.



Rata-ratanya peserta sangat teruja dengan ilmu yang baru dipelajari dan program ini adalah salah satu pengalaman yang sangat bermakna bagi semua peserta.  Kursus Rawatan Kecemasan Dan Keselamatan berakhir pada jam 5.00 petang dengan ucapan penutup oleh pengarah program sendiri iaitu Tuan Haji Zainal Abidin Bin Rahmat yang lebih dikenali dengan panggilan "uncle zack"..








Jumaat, 14 Disember 2012

Laporan Bergambar HKK2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tanggal 11/12/2012 Hari Keluarga KUIZM akhirnya dapat berjalan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar yang berjaya memberikan komitmen sepenuhnya hingga akhir program.

Hari Keluarga KUIZM yang dimulakan dengan ucapan pengarah program iaitu Saudara Fadhil Ramli  dan seterusnya dirasmikan oleh Rektor KUIZM sendiri Dr Shahbudin Ngah.

Acara panaskan badan yang diasingkan antara akhwat dan ikhwah menjadi permulaan acara , seterusnya sukaneka antara usrah-usrah. Antara acara  sukan yang dipertandingkan ialah
 Untuk  akhwat: bola jaring,bola tampar,dan berbagai sukaneka antaranya tiup tepung,tapak harimau dan lain2
Untuk ikhwah pula antaranya timbang bola , rebut kerusi , tapak harimau dan lain2. dan setiap usrah juga dibekalkan soalan kuiz pecah minda yang perlu dijawab.


Pada acara yang kemuncak ialah pertandingan memasak disertai peserta ikhwah dan akhwat ,bahan yang disediakan hanyalah bahan asas memasak seperti bawang, minyak,cili dan lain2 berserta ayam setiap usrah .

Acara keseluruhan tamat pada pukul 7.00 petang , dan majlis penutup selepas isyak, pada majlis penutup setiap usrah perlu memberi sedikit pandangan @ pengalaman sepanjang Hari Keluarga KUIZM berlangsung.

Pemenang bagi pertandingan memasak dijuarai oleh usrah IKON MUSLIMAH bagi akhawat dan usrah AN-NAJAH bagi ikhwah. dan bagi pemenang keseluruhan dimenangi oleh usrah 6 bagi akhwat dan usrah 5 bagi ikhwah.
bacaan doa sebelum memulakan program



Selasa, 11 Disember 2012

Hari Keluarga KUIZM 2012

Assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim.. 

InsyaAllah pada tanggal 11/12/2012 akan berlangsungnya satu program yang bertujuan untuk memupuk dan mengeratkan lagi ukhuwah antara sesama pelajar , pensyarah dan juga staff KUIZM iaitu HARI KELUARGA anjuran Lajnah Sukan & Kesenian MPMK, Dengan bertemakan "kemantapan jasmani menjana minda cemerlang" moga program ini dapat mencapai objektif yang mahu dicapainya InsyaAllah..

Pelbagai acara menarik yang dipertandingkan antaranya tarik tali,pertandingan memasak dan sebagainya, kumpulan dibahagi mengikut group usrah. program ini adalah salah satu cara untuk merehatkan minda yang agak serabut dengan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah dan sibuk membuat persediaan menghadapi final exam tidak lama lagi.

 Untuk menjana minda yang cemerlang bukan hanya semata-mata hanya belajar dan membaca buku tetapi dengan membuat aktiviti yang menyeronokan seperti bersukan , beriadah danberukhuwah sesama kita juga adalah salah satu faktor untuk menjana minda yang cemerlang.

Maka diharapkan program  ini dapat dijalan dengan jayanya, setiap pelajar diharapkan dapat menyertai dan memeriahkan lagi program ini , berjayanya program ini adalah dengan kehadiran anda yang memberi komitmen sepenuhnya. maka dengan ini sekali lagi MPMK menjemput dan mengalu-alukan kehadiran anda semua.

selamat berukhuwah warga KUIZM!

Selasa, 27 November 2012

Syarat Keahlian

Ahli MPMK terbahagi kepada dua, iaitu :

  1. Ahli Tetap : Semua mahasiswa KUIZM sepenuh masa yang mengisi borang keahlian MPMK
  2. Ahli Bersekutu :
  • Semua mahasiswa sambilan dan peserta kursus-kursus yang diadakan di KUIZM yang mengisi borang keahlian MPMK.
  • Pemohon yang berkahwin dengan ahli tetap MPMK.

Syarat keahlian :

  1. Beragama Islam.
  2. Memohon menjadi ahli.
  3. Mengisi borang yang telah disediakan oleh MPMK.
  4. Membayar wang pendaftaran yang ditentukan oleh AJKT MPMK.
  5. Disahkan keahliannya dalam mesyuarat AJKT.
  6. Pengesahan sebagai ahli dimaklumkan secara bertulis daripada Jabatan Setiausaha.

Isnin, 26 November 2012

Galeri

Bilik Gerakan MPMK





Memori Setahun MPMK 2011/2012


Memori Setahun MPMK 2012/2013


Memori Setahun MPMK 2013/2014


Memori Setahun MPMK 2014/2015



Memori Setahun MPMK 2015/2016


Memori Setahun MPMK 2016/2017


Sejarah


MAJLIS PERWAKILAN MAHASIWA KUIZM (MPMK)


Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) yang dikenali pada hari ini dahulunya adalah Ikatan Mahasiswa KUIZM atau dikenali sebagai 'IMK'.

Persatuan ini ditubuhkan melalui usaha mesyuarat penubuhan kali pertama. Jawatankuasa penubuhan yang terlibat adalah seramai 10 orang termasuk Ustaz Mohd Norhan Hamsi selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KUIZM, Ustazah Samirah Wasali dan Ustazah Khairun Atiqah Khairuddin sebagai staf KUIZM. 7 orang lagi adalah terdiri daripada mahasiswa/wi KUIZM. Mereka yang terlibat adalah :

  1. Muhammad Ifnuh Sumbogo
  2. Mohamed Helmi Ismail
  3. Wan Muhammad Nor Hazlan Wan Muda
  4. Zulhakim Bakri
  5. Siti Azatul Ain Ibrahim
  6. Ilhami Nadhrah Hamzah
  7. Nurul Izzati Mohammad Sanadi

Pada hari tersebut jawatankuasa penubuhan telah merangka perlembagaan bagi IMK termasuklah mewujudkan jawatan-jawatan di dalam persatuan. Mesyuarat jawatankuasa penubuhan seterusnya diadakan pada 5 November 2010. Pada mesyuarat kali ini perlembagaan IMK dikemaskini sepenuhnya. Antara yang dibincangkan adalah berkenaan misi, visi, motto, status ahli yang berdaftar dan yuran tahunan.

Mesyuarat mencadangkan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dewan Ulamak PAS dan Rektor KUIZM sebagai Penaung IMK. Ustaz Norhan Hamsi sebagai Penasihat IMK, dan Ustazah Samirah sebagai Penasihat Sementara IMK.

Mesyuarat jawatankuasa penubuhan ini dilaksanakan sebanyak 7 kali sebelum IMK ini ditubuhkan di Markas PAS Kawasan Batu dengan berlakunya perlantikan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) IMK. Perlantikan dibuat dengan undian daripada semua mahasiswa/wi yang hadir pada 30 November 2010.

Yang Di-Pertua (YDP) IMK yang pertama adalah Ustaz Zulhakim Bakri. Setelah itu diteruskan lagi legasi kepimpinan oleh Ustaz Ifnuh Sumbogo. Nama Ikatan Mahasiswa KUIZM ditukar kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) pada era kepimpinan beliau. Begitu juga dengan mandat Yang Di-Pertua kemudiannya ditukar kepada nama Presiden.

Ustaz Ifnuh Sumbogo tidak dapat terus mengetuai MPMK kerana menamatkan pengajiannya di KUIZM, lalu jawatan tersebut dipangku sementara oleh Ustaz Wan Muhammad Nor Hazlan Wan Muda sehingga ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). MPMK terus maju dipimpin oleh generasi -generasi selepasnya.

Senarai Presiden MPMK  :

  1. Ustaz Zulhakim Bakri (YDP IMK Pertama)
  2. Ustaz Ifnuh Sumbogo dipangku oleh Ustaz Wan Muhammad Nor Hazlan Wan Muda (Presiden Pertama)
  3. Ustaz Syafie Mad Yunos (Presiden Kedua)
  4. Ustaz Ahmad Syifa Abd Rahim (Presiden Ketiga)
  5. Ustaz Mohd Harith Mohd Noh (Presiden Keempat)
  6. Ustaz Umar Sufi Nasarudin (Presiden Kelima)
  7. Ustaz Umar Sufi Nasarudin (Presiden Keenam)

Ahad, 25 November 2012

Lajnah Ekonomi

  1. Menguruskan perjalanan kedai MPMK dan bertanggungjawab terhadap semua jenis perniagaan yang dijual oleh MPMK.
  2. Penyewaan tapak adalah dibawah penyeliaan pendaftar dengan kerjasama Lajnah Ekonomi.
  3. Bertanggungjawab untuk menjana kewangan MPMK.
  4. Menganjurkan program berbentuk penerangan mengenai ekonomi Islam kepada ahli.

Hak Dan Kewajipan Ahli

Hak Mengundi dan Bersuara

Hak mengundi dan bersuara terbahagi kepada dua, iaitu :

  • Ahli Tetap
  1. Wajib menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan Mesyuarat Agung Khas (MAK).
  2. Berhak mengundi dan layak diundi.
  • Ahli Bersekutu
  1. Berhak menghadiri MAT dan MAK.
  2. Berhak mengundi tetapi tidak layak diundi.

Hak dan Kewajipan

  1. Memastikan segala tindakan dan aktiviti tidak bercanggah dengan dasar Islam dan polisi KUIZM
  2. Boleh mendapat kebajikan daripada MPMK.
  3. Menjaga nama baik MPMK dan KUIZM.
  4. Setiap ahli wajib membayar yuran tahunan.
  5. Mesti mengikut aktiviti MPMK.
  6. Wajib mematuhi perlembagaan MPMK dan peraturan yang ditetapkan oleh AJKT dan pihak pentadbiran KUIZM.
  7. Setiap ahli  tidak dibenarkan melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang bertentangan dengan dasar dan perlembagaan MPMK.

Yuran Tahunan

Setiap ahli wajib membayar yuran tahunan sebanyak RM 10 setahun.

Hilang Keahlian

  • Hilang keahlian MPMK berdasarkan salah satu daripada perkara berikut :
  1. Ahli yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan bab 3 fasal 10 (b) kesemuanya kecuali ceraian 2, serta tertakluk kepada pertimbangan AJKT dan penasihat MPMK.
  2. Menarik diri dari menjadi ahli MPMK secara bertulis kepada Presiden.
  3. Menamatkan pengajian di KUIZM.
  4. Menangguh pengajian melebihi 2 semester.
  5. Meninggal dunia.
  • Dipersetujui oleh DUA per TIGA AJKT
  • Ahli yang ditarik keahliannya akan dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan Setiausaha selepas keputusan AJKT mengenai perkara tersebut.
  • Mana-mana individu yang telah dilucutkan keahliannya tidak berhak menuntut sebarang yuran yang telah dijelaskan.

Memperbaharui Keahlian

  1. Individu yang telibat dalam bab 3 fasal 12 (a) kesemuanya kecuali ceraian 1(c), 1(d), dan fasal 12 (b).
  2. Membuat semula permohonan keahlian menurut peruntukan yang dijelaskan dalam bab 3 fasal 9 kecuali 9 (d).

*Maklumat lanjut sila rujuk di Perlembagaan MPMK

Sabtu, 24 November 2012

Lajnah Kebajikan & Penempatan


  1. Memberi kebajikan kepada ahli.
  2. Mendapatkan derma dan kemasukan dari sumber lain yang dikira munasabah untuk menambah kewangan MPMK.
  3. Bertanggungjawab terhadap keselamatan, kebersihan dan keceriaan asrama serta kawasan sekitar KUIZM.
  4. Menguruskan penempatan ahli.
  5. Menjaga dan membantu menguruskan peralatan asrama.

Lajnah Pendidikan & Penyelidikan


  1. Bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Perpustakaan KUIZM untuk mengendalikan perpustakaan.
  2. Mengurus hal ehwal perkuliahan ahli MPMK.
  3. Menyediakan laporan pencapaian ahli MPMK dalam peperiksaan.
  4. Memberi bimbingan untuk meningkatkan kemajuan pelajaran kepada ahli.
  5. Meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di kalangan ahli.
  6. Membuat penyelidikan tentang isu-isu semasa dan yang berkaitan.

Lajnah Dakwah & Tarbiyah


  1. Mengadakan majlis-majlis sempena hari kebesaran Islam.
  2. Menganjurkan program berbentuk dakwah dan tarbiyah.
  3. Bekerjasama dengan Lajnah Tarbiyah KUIZM untuk mengendalikan perjalanan usrah untuk ahli.
  4. Mengumpul dan menerbitkan risalah dakwah.
  5. Menganjurkan kelas-kelas tafaqquh.
  6. Bertanggungjawab terhadap aktiviti, kebersihan dan keceriaan Surau Haji Hassan Shukri, KUIZM.

Majlis Tertinggi

JABATAN PRESIDEN

Presiden
  1. Mentadbir dan memimpin MPMK.
  2. Mempengerusikan setiap mesyuarat MPMK.
  3. Mewakili dan boleh melantik mana-mana ahli ke perjumpaan dan persidangan luar.
  4. Bertindak sebagai jurucakap rasmi MPMK.
  5. Bertangungjawab terhadap hubungan luar.
  6. Selaku pengerusi lembaga disiplin dan tatatertib yang dianggotai oleh ahli lembaga penasihat dan dua orang ahli yang dilantik (Unit Hisbah).

Timbalan Presiden 1 (Lajnah Perancangan 1)
  1. Membantu tugas-tugas Presiden.
  2. Merancang dan menyelaras perjalanan aktiviti MPMK.
  3. Menyelaras bidang tugas setiap lajnah dalam MPMK.
  4. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Presiden semasa ketiadaannya.

Timbalan Presiden 2 (Lajnah Perancang 2)
  1. Membantu  tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden 1.
  2. Mengetahui segala urusan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal akhawat.
  3. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden 1 semasa ketiadaannya.
  4. Menyelaras dan membantu gerak kerja AJKT akhawat.

JABATAN SETIAUSAHA

Setiausaha Agung
  1. Membuat panggilan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan mesyuarat AJKT atas arahan Presiden.
  2. Menyediakan dan menyimpan minit MAT.
  3. Mengurus keluar masuk surat MPMK.
  4. Menyimpan fail-fail MPMK.
  5. Menyediakan laporan tahunan untuk dibentang dalam MAT.
  6. Menyelenggara urusan pejabat MPMK.
  7. Mengurus permohonan keahlian MPMK di bahagian ikhwah.

Timbalan Setiausaha Agung
  1. Membantu tugas-tugas Jabatan Setiausaha.
  2. Mencatat dan menyimpan setiap minit mesyuarat AJKT.
  3. Mengambil alih tugas-tugas Setiausaha Agung ketika ketiadaannya.
  4. Mengurus permohonan keahlian MPMK di bahagian akhawat.

JABATAN BENDAHARI KEHORMAT

Bendahari Kehormat
  1. Menyimpan dan merekod kewangan MPMK.
  2. Mengeluarkan wang untuk perbelanjaan aktiviti MPMK.
  3. Mengutip mana-mana yuran yang berkaitan dengan MPMK.
  4. Menyediakan penyata kewangan tahunan untuk dibentang dalam MAT.
  5. Menyelia segala aset MPMK.

Timbalan Bendahari Kehormat
  1. Membantu tugas-tugas Bendahari Kehormat
  2. Mencatat dan menyimpan setiap pengeluaran wang perbelanjaan aktiviti MPMK di dalam buku rekod.
  3. Mengambil alih tugas-tugas Bendahari Kehormat ketika ketiadaannya.
  4. Merekod kemasukan yuran ahli MPMK.
  5. Mencatat dan menyimpan semua aset MPMK di dalam buku rekod.
  6. Melaporkan kehilangan atau kerosakan aset MPMK.

Motto, Dasar & Tujuan

Motto

Mahasiswa Cemerlang, Ummah Gemilang

Dasar

Qur'an, Sunnah, Ijma' dan Qias

Tujuan
  1. Sebagai wadah pembinaan generasi kepimpinan Islam.
  2. Menyatu dan mengerat hubungan sesama mahasiswa KUIZM.
  3. Sebagai badan rasmi yang mewakili mahasiswa KUIZM.
  4. Memberi khidmat bakti kepada ahli dari segi keperluan fizikal mental dan material yang difikirkan perlu dan munasabah.
  5. Membantu meningkatkan tahap pemikiran dan pengetahuan ahli serta mengambil berat tentang hal ehwal pengajian.
  6. Memelihara hubungan dua hala antara MPMK dengan pihak pengurusan KUIZM.
  7. Menjaga aset-aset MPMK dan KUIZM.

Jumaat, 26 Oktober 2012